Thursday, April 8, 2010

Rx-Water..Bermulanya Disini..

Sejarah RX-Water bermula pada 1hb April 2001, apabila doktor pakar di Hospital University mengesahkan Dr. Noordin kena Kanser Darah. Dalam bahasa perubatannya ‘Lymphoma’. Ada sesetengah kanser kalau kena pada badan, boleh ‘kerat’ & buang. Tapi kalau kanser darah nak buang apa? Darah..? Kalau buang darah, nak ganti darah apa? Gajah… Harimau? Doktor pakar beritahu dia, ‘Din, prepare for the worst”. Maknanya apa? Maknanya nak matilah tu. Malah doktor kata yang survivalnya dalam 4 bulan sahaja lagi.

Ada kenal tak saudara-mara, kawan-kawan atau jiran2 yang kena Kanser? Sebab rawatan Kanser itu yang paling popular satu aje, KIMO… TERAPI, betuul. Sejenis rawatan yang memasukkan sejenis bahan kimia untuk bunuh sel kanser. Tapi bila dah masuk dalam badan, benda ni tak kenal yang mana baik & yang mana Kanser. Dia pukul sama rata aje. Sebab itu sesiapa yang kena Kimoterapi, habis rambut gugur, termasuk bulu-bulu badan sekali. Demam yang berpanjangan, muntah-muntah, hilang selera makan dan pening kepala yang teruk. Tapi yang paling ditakuti ialah lidah dia, sebab deria rasa dah hilang. Masa ni masuk cili dalam mulut pun dia tak rasa apa-apa..

Orang yang jaga kesihatan & menjaga kesihatan para athlit negara yg paling ’Fit’ macam Dr. Noordin pun kena kanser, jadi kalau orang biasa macam kita ni lagi senangkan?

Nak jadikan cerita, selepas beliau kena Chemo, beliau dilawati oleh seorang rakan yg memberi air Zam-Zam. Selepas beliau minum, beliau tak merasa kekejangan sendi sebagaimana tindak balas Chemo yg telah lalu. Pada masa itulah beliau mencari & membuat ’research’ tentang Terapi Air Berpenawar dan diberi Ilham oleh Allah S.W.T bagaimana menghasilkan air hidup berpenawar yg menggunakan bahan asli dan sejenis unsur tanah Liat yg mana beliau buat prototype sendiri di belakang rumahnya.

Dr. Noordin telah mendapati kesan sampingan Chemo yg beliau lalui tidak seteruk dulu dan penyembuhan badannya begitu cepat sekali setelah beliau mengamalkan terapi dengan air tersebut. Setelah beliau sembuh, beliau rasa bertanggungjawab berkongsi dengan masyarakat tentang kisah beliau. Banyaklah media telah membuat liputan tentang kisah beliau dan hasil inovasi beliau tersebut.


KEMBALI



No comments:

Post a Comment